Tiada sebarang hubungan berlaku dengan MT Sunrise 689 sebaik sahaja ia berlepas dari Singapura pada Khamis lepas, kata Pusat laporan kegiatan lanun Biro Maritim Antarabangsa dalam satu amaran berita.
Agensi Berita Vietnam berkata, kapal tersebut milik sebuah syarikat pembinaan kapal di Hai Phong, utara pelabuhan Vietnam dan membawa lebih daripada 5,226 tan minyak dan 18 anak kapal.
"Nasib anak-anak kapal dan kapal tidak diketahui," kata pemantau lanun yang berpangkalan di Kuala Lumpur, menggesa kapal-kapal yang singgah rantau ini untuk membuat pemerhatian terhadap kapal tangki yang hilang dan membuat laporan jika ia kelihatan.
Asia Tenggara telah menyaksikan beberapa siri rampasan berani tahun ini yang berpusat di Selat Melaka, melibatkan Malaysia, Indonesia dan Singapura.