Pengurusan AKLEH dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan keseluruhan lebuh raya itu dan semua susur masuk dan keluar ke lebuh raya tersebut.
Kawasan yang terjejas termasuk susur masuk di Jalan Sultan Ismail (JS1), Jalan Raja Abdullah (JRA), Jalan Tun Razak Selatan (JTR3/JTR4), laluan masuk Parkir KLCC, Jalan Jelatek dari Kuala Lumpur (JJ 1)), Jalan Jelatek dari Wangsa Maju (JJ 2).
Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 2) berdekatan Hotel Flamingo, Jalan Kerja Air Lama dekat Petronas, Persimpangan Ahmad Razali (Jalan Ampang) dan Jalan Tun Razak Utara (JTR1).
Lebuh raya itu akan dibuka semula selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda dan arahan petugas PROLINTAS yang ditempatkan di kawasan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol AKLEH di 1-300-88-1012. Maklumat trafik juga boleh diperoleh menerusi Twitter Akleh atau www.prolintas.my.