Dalam catatan di laman Facebooknya, Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa beliau pertama kali membentangkan bajet negara sebagai perdana menteri pada 2010.
"Alhamdulillah, sejak itu Malaysia telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi amat memberangsangkan dan pada masa sama memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
"Insya-Allah esok (Jumaat) pada pembentangan Bajet 2015, sekali lagi kerajaan akan pastikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat berjalan seiring," katanya.
Dalam catatan itu, Najib turut berkongsi gambar beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Bajet 2010.