PETALING JAYA: Utusan Malaysia telah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di laman webnya berhubung cerita palsu mengenai seorang paderi Katolik yang memeluk agama Islam selepas sedar dari koma. "Laporan yang dipetik dari laman web World News Daily Report mengenai seorang paderi Katolik, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, dari Sepanyol memeluk Islam selepas 17 bulan koma, pada Ahad, adalah tidak benar. "Utusan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan berikutan penyiaran berita yang berpunca daripada laman web itu," siar akhbar harian itu di laman webnya, Ahad.