suria

Abaikan Khabar Angin Ribut Kuat di Klang - Meteorologi

Jabatan Meteorologi Malaysia.
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin kononnya ribut kuat akan melanda Klang, Selangor pada 12 tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya malam ini menyatakan khabar angin itu tersebar menerusi aplikasi "Whatsapp" dan media sosial.

Justeru itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat tepat diminta melayari laman web www.met.gov.my.

Berdasarkan ramalan cuaca dalam laman web METMalaysia, cuaca di seluruh Selangor diramalkan mendung malam ini.
ribut, Jabatan Meteorologi

Artikel Lain