Bacaan IPU sederhana tertinggi dicatatkan di Port Klang, Selangor (77), Nilai, Negeri Sembilan (73) dan Petaling Jaya (73).
Kuala Terengganu mencatatkan bacaan IPU terbaik iaitu 16.
Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; antara 51 hingga 100 (sederhana), antara 101 hingga 200 (tidak sihat), antara 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka.