Majlis angkat sumpah diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di hadapan Speaker, Datuk Abdullah Yaakub.
Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi sekali gus membantu Barisan Nasional mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut.
Pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.
Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13.