Beliau berkata walaupun ramai percaya tindakan berhijrah ke negara lain untuk mati memperjuangkan Islam, sama ada individu yang meninggal itu mati syahid atau tidak ditentukan oleh negara tempat mereka terkorban.
Muhammad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakyat Malaysia yang meninggal dunia ketika berjuang di Timur Tengah selepas menyertai militan IS yang disifatkan sebagai mati syahid.
Beliau berkata, mati syahid hendaklah pertamanya diiktiraf oleh negara Islam tempat individu tersebut meninggal dunia sebelum ia diiktiraf negara asal.
"Pertama sekali, individu yang menyertai kumpulan pelampau tidak boleh diiktiraf sebagai pejuang Islam dan pertimbangan asas untuk mati syahid adalah apabila seseorang itu meninggal dunia kerana berjuang melawan Kafir dan meninggal dunia dalam proses membebaskan negara daripada penceroboh yang mengancam kedaulatan negara dan agama," katanya.
Wisma Putra dilaporkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Jun lalu mengesahkan sejumlah 15 rakyat Malaysia meninggal di Syria kerana menyertai IS.