SHAH ALAM: Sebanyak 196 gerai musnah dalam kebakaran di Bazar Larut Malam Seksyen 24 Shah Alam awal pagi Rabu. Bazar berkenaan yang lebih dikenali sebagai 'Uptown Shah Alam' mempunyai 425 gerai. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Salleh Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.57 pagi. Sebanyak 31 anggota dari Balai Bomba Shah Alam, Kota Raja dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 4.30 pagi, katanya. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat.