Bagaimanapun, menurut portal akhbar itu, sumber tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan bahawa Muhammad Rizalman akan dihantar balik semula ke negara tersebut dalam masa terdekat.
The Herald pada Sabtu memetik polis sebagai berkata, proses ekstradisi sedang dijalankan.Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang gadis berusia 21 tahun.
Muhammad Rizalman dan keluarganya berlepas pulang ke Malaysia pada 22 Mei di mana Kementerian Pertahanan menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan segera.
Rizalman dibenarkan keluar daripada penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan pada akhir Julai lalu.