suria

Teknologi Baharu Bakal Selesaikan Pencemaran Sisa Ternakan Babi

Contoh sistem pengurusan pelepasan air yang digunakan oleh sesetengah ladang babi di Malaysia.

PETALING JAYA: Bau busuk dan pencemaran air akibat industri penternakan babi di negara ini dijangka selesai selepas syarikat Ronser Bio-Tech Sdn Bhd (Ronser)   menjalankan projek rawatan sisa air pertamanya di sebuah ladang babi di Butterworth, Pulau Pinang.

Pengerusi Ronser, Woo Min Fong berkata, teknologi itu telah berjaya digunakan dalam pelbagai projek rawatan pengurusan sisa di China dan akan digunakan buat kali pertama bagi industri penternakan babi di Malaysia.

"Teknologi ini dapat merawat sisa air ladang babi untuk mencapai Piawaian A sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dalam memastikan air dan udara yang bersih.

"Malah, air yang dikitar semula ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan mencuci dan pembersihan.

“Tiada teknologi sama boleh didapati dalam pasaran semasa dan ia juga menjimatkan kos kerana teknologi ini hanya memerlukan kawasan kira-kira 1,400 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Tambahnya, teknologi ini dilaksanakan melalui penemuan kaedah baru yang dipanggil ‘Sistem Bio-Mass' oleh Profesor Zhang Zhenjia dari Universiti Jiaotong Shanghai, pemegang utama saham Ronser.

mStar Default Image
Ringkasan keputusan daripada ujian yang dilakukan oleh makmal bebas mengenai pencemaran najis babi.


Fungsi Sistem Bio-Mass adalah untuk menghapuskan kandungan ammonia dari sisa air.

Ujarnya lagi, Profesor Zhang juga telah mencipta teknologi-teknologi pelepasan sifar sisa kilang minyak kelapa sawit dan pelepasan sifar pembetungan yang kini sedang diusahakan oleh Ronser.

“Berdasarkan ujian terkini yang dilakukan oleh sebuah makmal bebas baru-baru ini, kandungan ammonia dari kolam yang terakhir daripada kemudahan rawatan sisa air semasa di ladang babi itu adalah 927 ppm (bahagian per sejuta), kira-kira 92 kali lebih dari bacaan yang dibenarkan iaitu 10 ppm seperti yang ditetapkan oleh JAS.

Tiada syarikat lain dalam industri ini dilaporkan mampu mencapai piawaian teknologi Ronser ini,” katanya.

Terdahulu projek komuniti yang bermula pada awal Januari 2015 itu dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan manakala ladang babi tersebut adalah salah satu daripada 150 ladang yang terletak di kawasan Butterworth.

Buat masa ini pemngusaha ladang itu menternak 4,000 ekor haiwan berkenaan. 
Ronser, Babi

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan