Portal berita, stuff.co.nz berkata, Rizalman dijadualkan berlepas dari Malaysia menuju Wellington pada malam Jumaat ini.
Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang gadis berusia 21 tahun.
Walaupun menjalani perbicaraan di sana, beliau kembali ke Malaysia pada 22 Mei lalu selepas Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatiknya.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berjanji untuk menghantarnya kembali ke New Zealand bagi membantu siasatan tetapi tiada tarikh tepat diberikan.
Muhammad Rizalman menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan sebaik tiba dan dibenarkan keluar pada akhir Julai lalu.
Wisma Putra pada awal bulan ini mengesahkan menerima permohonan rasmi berhubung proses ekstradisi terhadap Rizalman daripada kerajaan New Zealand.
Permohonan itu kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.