Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberi kerjasama.
Beliau berkata demikian bagi merujuk laporan media berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika Azmin memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.
Ishak berkata PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.
Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral.