Katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak melarang wanita daripada memegang jawatan tertinggi itu.
Namun, dalam sebuah negara demokrasi, jumlah sokongan majoriti diambil kira.
"Jika seorang wanita boleh memenangi sokongan majoriti, saya yakin parti akan memilih beliau sebagai presiden dan presiden kemudiannya boleh dilantik menjadi Perdana Menteri," katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama mengenai Wanita Pemimpin Masa Depan semasa majlis penutup Forum Wanita Luar Biasa 2014 pada Rabu.