Beliau berkata meskipun MCA membuat kenyataan yang tertumpu kepada aspek perniagaan, namun perkara itu boleh mengganggu pelaksanaan undang-undang kerajaan negeri itu.
"MCA perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan agama Islam kerana ia amat sensitif.
"Puteri amat menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan yang melaksanakan undang-undang tersebut dan ia seharusnya dihormati oleh pelbagai pihak," katanya.
"MCA perlu sensitif dan sebagai pendokong aspirasi rakyat mereka juga harus adil kepada semua masyarakat dan agama.
"Puteri bimbang kekeliruan rakyat mengenai agama Islam akan menjejaskan hubungan baik antara masyrakat dalam negara," katanya.
Operasi Gempur Aurat yang dilaksanakan September lepas mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan yang tidak berpakaian mengikut syariat Islam.
Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.