suria

MP Ampang Ditegur Pakai Vest Berlogo Parti Dalam Dewan

Zuraidah Kamaruddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Said pada Selasa menegur Anggota Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin kerana memakai vest hitam mempunyai logo parti di persidangan dewan. 

"Menurut peraturan mesyuarat Fasal 41 (F), anggota Dewan tidak boleh memakai pakaian yang mempunyai logo atau lambang parti," katanya sambil meminta Zuraidah menanggalkan vest tersebut. 

Beliau membuat teguran itu ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas malam Selasa. 

Sebelum itu Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bangun dan mencelah penggulungan tersebut serta meminta Timbalan Speaker membuat teguran tersebut jika Zuraidah telah membuat apa-apa kesalahan. 

Zuraidah, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan tersipu-sipu dalam jawapan balasnya setelah sedar akan kesilapannya itu.
Zuraidah Kamaruddin, vest PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain