Dalam satu kenyataan pada Rabu beliau berkata, tindakan syarikat yang menggunakan pembungkusan dengan imej yang berunsur ketuhanan adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di bawah perkara 6.3 Pembungkusan dan Pelabelan.
Merujuk isu berikutan aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung produk air mineral yang terdapat imej berhala dan logo halal Malaysia, beliau berkata Jakim mengarahkan syarikat berkenaan menukar pembungkusan tersebut bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
"Sekiranya syarikat itu enggan, tindakan penggantungan sijil Halal boleh dikenakan ke atas syarikat atas kesalahan yang bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya.