suria

Malaysia, Belanda Janji Cari Pihak Bertanggungjawab Nahas MH17

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte (dua, kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas merasai buah-buahan tempatan yang diperkenalkan Najib ketika majlis makan tengah hari di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini sempena kunjungan rasmi Perdana Menteri Belanda itu selama sehari ke Malaysia, Rabu.
PUTRAJAYA: Malaysia dan Belanda berjanji untuk terus sama-sama bekerja rapat bagi membawa mereka yang bertanggungjawab dalam nahas Penerbangan MH17 ke muka pengadilan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah komitmen yang dipersetujui kedua-dua kerajaan dan kini adalah masa untuk memastikan ia tercapai.

"Kita boleh bergantung kepada Mark Rutte atas persahabatan dan kerjasama beliau. Kita menanti-nanti untuk bekerja bersama-sama dan mencari apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat itu tanpa sebarang keraguan, dan apa yang lebih penting siapa bertanggungjawab atas kejadian tersebut," katanya dalam ucapan pada sesi khas dengan pasukan penyiasat Malaysia yang terlibat dengan operasi MH17 di sini, Rabu.

Turut hadir Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Rutte dan kerajaan Belanda atas sokongan dan peranan pemimpin mereka dalam memastikan mangsa nahas MH17 itu dibawa balik kepada keluarga mereka

MH17, Belanda, Mark Rutte

Artikel Lain