suria

Tutup Pertunjukan Gadis Ular Jika Gagal Patuhi Peraturan

Gadis Ular, Rahiza Abdul Rahim, 28, (kiri) menunjukan kecekapan bermain ular sempena Pameran dan Pertunjukan Ular yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan di sini, pada Selasa.
KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan gadis ular yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan sekiranya gadis berkenaan masih gagal menutup aurat.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, semua pertunjukan yang diadakan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

"Kita akan arahkan dia untuk berhenti sekiranya masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dan setakat ini terdapat laporan yang dia tidak menutup aurat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Sekiranya ingin mengadakan pertunjukan, gadis itu perlu berpakaian sopan iaitu menutup aurat kerana ini melibatkan tempat awam, katanya.

Pameran dan Pertunjukan Ular yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan selama sebulan bermula Isnin lepas menampilkan Rahiza Abdul Rahim, 28, yang lebih dikenali dengan gelaran 'Baby Andryanna' berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular.


Artikel Berikut

Artikel Lain