suria

Harga Sayur Cameron Highlands Naik

KUALA LUMPUR: Kini anda mungkin berfikir berkali-kali sebelum membuang sayur-sayuran yang tidak habis dimakan kerana harganya semakin mahal.

Peniaga sayur, Tan Kai Hiong, 41, berkata harga sayur-sayuran terutamanya daun bawang, ketumbar dan cili naik sehingga lebih 20 peratus sejak insiden banjir kilat di Cameron Highland, Rabu lalu.

"Daun bawang kebiasaannya berharga RM10 sekilogram tetapi hari ini kami menjualnya antara RM13 dan RM15 sekilogram. Harga cili juga naik dari RM13 kepada RM15 sekilogram," katanya.

Beliau berkata harga sayur-sayuran lain seperti kubis, kubis panjang, lada benggala, tomato dan timu Jepun juga naik.

"Kami tidak tahu berapa banyak kenaikan harga itu kerana ramai pemilik ladang kini berdepan masalah kekurangan tenaga kerja," kata Tan yang berniaga di pasar Taman Tun Dr Ismail.

Seorang lagi peniaga, Judy Yap, 50, berkata, berlaku sedikit kenaikan harga tetapi kesannya akan mula dirasai dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

"Kali terakhir air empangan melimpah, kami menjangkakan berlaku kesan yang besar tetapi ia hanya sebaliknya.

"Tetapi kali ini, kami menyedari berlaku sedikit kenaikan dan saya percaya ia akan menjadi lebih teruk, terutamanya dengan banyak ladang tidak mempunyai ramai pekerja kerana operasi membanteras pekerja asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sedang giat dijalankan," katanya.

Seorang peniaga bunga, Jenny Loo, 60, berkata banjir kilat belum memberi sebarang kesan terhadap kenaikan harga bunga.

"Insiden banjir dan tanah runtuh tidak menjejaskan keseluruhan aktiviti di Cameron Highlands. Kami masih boleh mendapatkan bekalan bunga dengan harga biasa," katanya.



sayur-sayuran, Cameron Highlands

Artikel Sebelum

Artikel Lain