GEORGE TOWN: Seorang penyelia pengawal keselamatan diculik di hadapan sebuah kilang di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, sebelum dipukul hingga mati dan ditinggalkan di ladang kelapa sawit berdekatan Taman Impian Alma, dekat sini awal Jumaat.
Mayat K Poobalan, 61, ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh Unit Anjing Pengesan (K9) polis pada pukul 1 pagi, kira-kira 15 kilometer dari tempat dia diculik.Pemandu teksi berusia 49 tahun itu kemudiannya beredar selepas menurunkan penumpangnya berdekatan ladang kelapa sawit dan membuat laporan polis kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
"Menurut pemandu teksi itu, seorang daripada suspek menuntut gajinya yang didakwa lewat diterima sejak seminggu lepas namun Poobalan berkata gaji itu hanya boleh diberi hari ini," katanya.
Beliau berkata, polis menemui motosikal mangsa di hadapan kilang berkenaan dengan beg pinggang milik mangsa dan beberapa bungkusan makanan dipercayai untuk dihantar kepada pekerja masih berada pada motosikal yang terbalik itu.
Mazlan berkata, polis telah mengenal pasti ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu dan seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah seliaan mangsa namun berhenti Oktober lepas.
"Polis kini giat mengesan suspek dan turut menemui sebatang kayu beroti sebesar lengan dipercayai menjadi senjata pembunuhan," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.