suria

Cameron Highlands: Majikan Sorok Pekerja Asing Elak Ditahan

Pekerja Bangladesh bekerja dalam ketakutan di Kg Taman Sedia.

CAMERON HIGHLANDS: Tindakan keras terhadap pekerja haram menyebabkan majikan mengambil keputusan dengan menyembunyikan pekerja-pekerja mereka.

Penduduk tempatan mendakwa ramai pekerja asing melarikan diri namun sejumlah besar masih berada di situ.

Seorang wanita di Kg Taman Sedia berkata, kebanyakan pekerja asing disembunyikan oleh majikan masing-masing di kampungnya.

"Jika mereka tidak menyembunyikan pekerja-pekerja ini, siapa yang akan membuat kerja di ladang?," katanya.

Tambah wanita yang tidak mahu dikenali ini berkata, sesetengah daripada mereka meninggalkan rumah seawal pagi keluar membeli bekalan di kedai.

Manakala salah seorang pemilik kedai Zaki,46, berkata, hanya warga Bangladesh sahaja yang berani keluar di tempat terbuka kerana mereka mempunyai dokumen yang sah.

"Sebelum operasi dijalankan, anda seperti berada di negara lain apabila datang ke pasar malam Kg Raja," jelasnya sambil ketawa.

Tambahnya, sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai dokumen sah telah melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran.

Pekerja Bangladesh Abdul Jalil, 33, berkata: "Kami takut. Walaupun kita mempunyai permit, kita takut. Itulah sebabnya kita tidak pergi ke bandar lagi."

Agensi penguatkuasaan telah melancarkan tindakan keras ke atas pendatang tanpa izin di sini, dan telah menangkap 181 pekerja asing sejak 9 November lalu.

Persatuan Penanam Sayur-Sayuran Cameron Highlands merayu operasi itu dikurangkan kerana ia telah menakutkan pekerja-pekerja (haram dan tidak haram).

Setiausahanya,Chay Ee Mong berkata, dia turut meluahkan kebimbangannya itu kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ketika baginda menghadiri mesyuarat di Daerah Cameron Highland dan Pejabat Tanah pada Khamis.

"Saya bertanya kepada Tuanku siapa yana akan bekerja di ladang jika tindakan terlalu ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa," katanya.

Menurut Chay, Sultan memberi jaminan ntuk memnbantu penduduk tempatan di sini.

Jelasnya lagi, para petani menghadapi banyak masalah ketika proses pengambilan secara sah warga asing ini.

Sesetengah daripada mereka menjadi pekerja haram selepas majikan gagal memperbaharui pasport.

Penanam bunga, Wong Seng Yee berkata penduduk tempatan yang mahu pekerja asing perlu melalui banyak peringkat sebelum mendapat kelulusan.

Mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan kelulusan bagi sekumpulan pekerja asing.

"Jika kita mendapatkan pekerja asing dalam tempoh enam bulan itu dianggap sangat cepat," katanya, sambil menambah bahawa ladang mereka akan menjadi sia-sia sehingga mereka mendapatkan pekerja.

Katanya, seorang petani boleh menghabiskan sehingga RM4,000 hanya untuk membawa pekerja asing ke Malaysia, tidak termasuk tambang udara.

Wong berkata, warga asing terus dihantar pulang jika mereka gagal pemeriksaan kesihatan selepas dua minggu memasuki negara ini.

"Inilah sebabnya mengapa orang-orang di sini (mengambil) jalan pintas menggunakan pekerja asing tanpa izin," katanya.

Jabatan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata hampir 60,000 pendatang, termasuk banduan (tamat hukuman) dihantar pulang dari Malaysia setakat tahun ini.

Mereka termasuk 24,614 Indonesia, 6,834 rakyat Bangladesh dan Filipina 6483, katanya dalam satu kenyataan.

cameron highlands, pekerja haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain