Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jawatankuasa itu akan mengenal pasti masalah banjir secara terperinci dan langkah untuk mencegah banjir di kawasan terjejas.
Jawatankuasa itu juga akan mengemukakan laporan penuh termasuk keperluan bagi menangani bencana alam itu.
"Menerusi jawatankuasa ini, kita akan mengenal pasti punca utama sehingga menyebabkan banjir dan cara atasi bencana ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Gong Badak di sini, hari ini.
"Semua pihak menjalankan perkhidmatan dan bantuan di paras terbaik dan saya berpuas hati dengan kerjasama ini," katanya.