suria

Berhenti Percaya Pakar Ekonomi 'Mee Segera' - Khairy

Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu berhubung harga petrol di Malaysia berikutan pemansuhan subsidi bahan api itu yang berkuat kuasa 1 Disember 2014.

Dalam status Facebooknya, beliau berkata, orang ramai tidak memahami bagaimana harga petrol dikira dan tidak seharusnya percayakan fakta yang disediakan oleh apa yang digelarkannya sebagai pakar ekonomi 'mee segera'.

Beliau berkata, maklumat yang diberikan bersama kaedah pengiraan yang digunakan untuk harga petrol di Malaysia adalah palsu kerana pengiraan tersebut adalah untuk petroleum mentah.

Harga petrol yang digunakan di Malaysia dikira menggunakan formula yang dikenali sebagai Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Apabila harga petrol terapung pada 1 Disember dan jika trend penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 akan lebih rendah," kata  Khairy dengan memberi penekanan terhadap kebolehubahan keadaan pasaran.

Artikel Lain