suria

MB Terengganu Nafi Laporan 'New York Times'

Datuk Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bahawa beliau mendapat hak untuk menjalankan aktiviti perlombongan besi di Bukit Besi melalui hubungan rapat dengan kerabat dan ahli-ahli politik .

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dakwaan yang dibuat oleh seseorang yang bernama Li Yang yang mendakwa dirinya Pengerusi CAA Resources dalam New York Times adalah 'pembohongan, fitnah dan tidak berasas'.

"Kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran kepada syarikat ini, CAA Resources, untuk menjalankan aktiviti perlombongan di Bukit Besi, sama ada secara langsung atau melalui syarikat yang berbeza.

"Syarikat tersebut juga tidak pernah berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian serta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, yang telah diberi kepercayaan untuk mengetuai operasi perlombongan di Bukit Besi.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut dan menambah beliau juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Artikel Lain