Sambil menyatakan sokongan agar akta tersebut dikekalkan, bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri itu berkata sekiranya rakyat tidak menyokong parti tidak ada undang-undang yang dapat menghalang parti itu daripada kehilangan kuasa.
"Saya menyokong keputusan yang telah diumumkan. Saya menyokong tindakan mengekalkan sebarang undang-undang bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, memartabatkan perlembagaan dan memastikan agar kontrak sosial dikekalkan.
"Namun disebalik kegembiraan kita untuk mengekalkan akta ini, saya ingin mengingatkan ahli Umno bahawa Akta Hasutan bukannya alat untuk parti itu kekal berkuasa. Sekiranya rakyat tidak menyokong kita, tiada undang-undang di dunia ini yang mampu menyelamatkan parti itu daripada kehilangan kuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Najib yang juga Presiden Umno berkata, akta tersebut akan dikuatkuasa ke atas mereka yang cuba menghasut agar Sabah dan Sarawak supaya keluar daripada Malaysia.
"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin tertinggi parti komponen, termasuk timbalan saya, naib presiden, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akar umbi, sebagai Perdana Menteri, saya mengambil keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan," katanya.