suria

TNB Nafi Keluarkan E-Mel Menang Hadiah RM150,000

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Selasa menafikan pihak mereka telah memilih tujuh penerima e-mel bertuah yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000. 

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata TNB telah membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. 

Semua komunikasi melalui e-mel oleh TNB dibuat menggunakan alamat e-mel syarikat dan tidak menggunakan alamat e-mel seperti gmail, yahoo, hotmail, outlook.my dan sebagainya, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk maklumat lanjut hubungi TNB di talian 1300 88 5454.
TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin

Artikel Berikut

Artikel Lain