suria

Harga Minyak Turun, Tidak Jejas Defisit Negara

Chua Tee Yong.
KUALA LUMPUR: Penurunan harga minyak dunia sepatutnya tidak memberikan kesan buruk kepada defisit negara kerana harga purata dari Jun hingga November telah memenuhi jangkaan yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, spekulator tidak harus keliru kerana Malaysia bergantung kepada minyak mentah (Tapis Crude) dan bukannya Brent Crude.

"Harga purata untuk minyak mentah melebihi $AS100 (RM344) setong antara bulan Jun hingga November dan ini memenuhi jangkaan kami," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, tiada jaminan sama ada trend semasa harga minyak terus menurun atau akan mula meningkat.

"Kami sedang memantau situasi itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu," katanya.

Tee Yong berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai undang-undang hartanah di Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Chua Tee Yong, minyak mentah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain