Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kawasan terjejas ialah Sungai Besar, Pekan Sabak, Parit Baru, Sungai Air Tawar, Sungai Nibong, Pasir Panjang, Sungai Panjang, Sungai Haji Dorani, Sungai Lang dan Sepintas.
Penutupan sementara loji itu oleh Puncak Niaga Sdn Bhd disebabkan banjir yang berlaku di loji itu ekoran peningkatan mendadak aliran air Sungai Bernam selepas hujan lebat sejak Selasa.
Loji rawatan tersebut akan beroperasi semula selepas kerja pembaikan selesai.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai gangguan bekalan air tersebut menerusi Pusat Panggilan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau aplikasi mudah alih 'mySYABAS'.