suria

AirAsia:12 Peserta Bersaing Rebut Tiket Percuma Sepanjang Tahun

Sebahagian daripada peserta bersedia sebelum cabaran dimulakan.

PETALING JAYA: Seramai 12 peserta bersaing dalam merebut memenangi hadiah tiket percuma penerbangan sepanjang tahun pada cabaran Ulang Tahun Ke-13 AirAsia, di The Curve, Mutiara Damansara pada Sabtu.

Dalam cabaran tersebut, peserta berdepan untuk menjawab soalan di atas kerusi replika AirAsia stimulasi dengan cuaca yang tidak menentu.

Selain itu, peserta-peserta juga diuji dengan pelbagai soalan mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar merasmikan acara ini yang menyaksikan pelbagai aktiviti disediakan.

Aktiviti penuh keseronokan ini turut menampikan beberapa orang artis terkenal tanah air dengan kerjasama AirAsia Big Loyal Program, AirAsiaGo, Expedia, Tune Insure & AirAsia-Citibank.

Semak promosi terbaru AirAsia dan aktiviti melalui twitter AirAsia dan AirAsia Facebook .

AirAsia

Artikel Lain