suria

Banjir: 1,260 Mangsa Masih Terjejas Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah walaupun jumlah mangsa menurun kepada 1,260 orang petang ini berbanding 1,661 orang pagi Selasa.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, beberapa pusat pemindahan di Setiu dan Kemaman juga ditutup selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Di Setiu, pusat pemindahan yang ditutup ialah Kampung Masjid Merbau Menyusut yang menempatkan 85 orang dari 32 keluarga dan Masjid Kampung Kasar yang menempatkan 149 dari 35 keluarga.

Di Kemaman, pusat pemindahan di Balai Raya JKKK Padang Kubu yang menempatkan 105 orang dari 19 keluarga), Masjid Lama Kampung Padang Kubu 22 orang dari 5 keluarga dan Rumah Pegawai Ladang Padang Kubu yang menempatkan 60 orang dari 16 keluarga ditutup pada 11 pagi Selasa.

Berikutan perkembangan itu, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Setiu ialah seramai 190 orang daripada 50 keluarga, Kemaman 338 orang (82 keluarga), Marang 646 orang (163) keluarga, Hulu Terengganu 50 orang (18) keluarga, Kuala Terengganu 22 orang (5) keluarga dan Besut 16 orang (3) keluarga.

Pada masa ini, sebanyak 20 pusat pemindahan masih beroperasi di negeri ini iaitu Setiu (7), Kemaman (6), Marang (3), Hulu Terengganu (2) dan Kuala Terengganu serta Besut masing-masing satu pusat.

Sementara itu, paras air Sungai Setiu di Permaisuri dan di Langkap serta Sungai Marang di Pengkalan Berangan masing-masing berada pada tahan amaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang kategori pertama dengan kelajuan angin 40-50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Terengganu sehingga 18 Dis ini.

Banjir, MKN, Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Myanmar Dalang Pati

Artikel Lain