MMC-Gamuda dalam kenyataan di sini, pada Selasa berkata penutupan laluan itu akan bermula dari 11 malam hingga 6 pagi untuk memudahkan kerja-kerja segmen dan pemasangan gantri.
"Semasa aliran kontra ini, pengguna jalan raya dari Persiaran Surian menghala ke Sungai Buloh akan dilencongkan ke laluan bertentangan dari Persiaran Surian/Persiaran Mahogani hingga persimpangan ke Jalan Camar.
"Satu lorong akan disediakan untuk pengguna LDP dan Sungai Buloh," kata kenyataan itu.
MMC-Gamuda menasihatkan pengguna jalan raya dan penduduk supaya membuat pusingan U di persimpangan Persiaran Surian ke Jalan Camar.
Isyarat lalu lintas juga akan disediakan bagi membantu penduduk kondominium semasa aliran kontra itu.