suria

Lebih 700 Didakwa Guna Kad Pengenalan Palsu Sejak 2010 - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Seramai 729 orang ditangkap dan didakwa kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan orang lain  sejak 2010 hingga November lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara, Khamis bahawa mereka didakwa di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

"Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari semasa ke semasa ada menerima dakwaan mengenai wujudnya sindiket kad pengenalan palsu. Walau bagaimanapun daripada siasatan yang dilakukan, tidak ada maklumat yang tepat mengenai sindiket ini.

"Berdasarkan jumlah tangkapan yang dilakukan ke atas pemegang kad pengenalan palsu juga, mereka hanya memaklumkan bahawa ia diperoleh daripada pihak ketiga yang tidak dapat dikenal pasti," katanya menjawab soalan Dr Ariffin S.M.Omar pada persidangan itu di sini.

Ariffin ingin tahu mengenai sindiket yang mengeluarkan kad pengenalan palsu serta langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk memberkas mereka yang terlibat.

kad pengenalan, palsu, Dewan Negara

Artikel Sebelum

Artikel Lain