suria

Sungai Utama Di Utara Kedah Di Bawah Paras Berjaga-Jaga

Keadaan Empangan Muda yang melimpah menyebabkan paras air sungai naik dengan mendadak awal pagi Khamis menyebabkan beberapa daerah di kawasan tebing sungai Pedu dan Sungai Muda mengalami banjir dan dipindahkan namun pada Jumaat paras air sungai mula reda dan berkurangan ke paras normal. Foto: BERNAMA

ALOR SETAR: Keadaan paras air di sungai-sungai utama di utara Kedah berada di bawah paras berjaga-jaga. 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah berkata sehingga 7 malam ini, Sungai Padang Terap di Kuala Nerang berada pada paras 14.93 meter, Sungai Bata 8.02 meter dan Sungai Arau 4.88 meter, yang kesemua dalam keadaan menurun parasnya. 

"Sungai Anak Bukit juga dalam keadaan lebih baik berikutan berkurangnya aliran dari Sungai Padang Terap.

Paras di terusan utara juga dalam parasoperasi," katanya ketika dihubungi malam Jumaat. 

Katanya Empangan Muda masih melimpah tetapi kadar limpahan berkurangan daripada limpahan sebanyak 1.64 meter dua hari lepas kepada 0.9 meter hari ini. "

Semoga keadaan akan bertambah baik," katanya.

Artikel Lain