Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak.
Bernama difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam Jumaat.
Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini.