Terdahulu The Wall Street Journal melaporkan peralatan sonar yang digunakan Basarnas dalam operasi tersebut mengesan imej yang dipercayai bangkai pesawat AirAsia itu di dasar Laut Jawa.
Laporan tersebut memetik Basarnas sebagai berkata, imej kelihatan seperti bangkai pesawat di kedalaman 24 hingga 30 meter.
Imej itu dikesan pada Selasa oleh kapal Angkatan Laut Indonesia.
Terbaharu, tiga lagi mayat dijumpai dalam operasi SAR pada Rabu tetapi usaha mengesan lebih banyak bahan bukti dan baki mayat mangsa tergendala berikutan cuaca buruk.