KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Jumaat meminta kerjasama 14 lagi individu untuk hadir membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai bencana banjir yang melanda Pantai Timur. Menurut kenyataan SKMM pada Jumaat, individu berkenaan ialah: 1. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No MyKad: 881026-03-5993) 2. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083) 3. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203) 4. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139) 5. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183) 6. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145) 7. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901) 8. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708) 9. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104) 10. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106) 11. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916) 12. Siti Asiah binti Shaary (No MyKad: 931004-03-6154) 13. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303) 14. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258) Kesemua mereka diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat SKMM, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471). Sementara itu, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, lapan individu yang diminta tampil sebelum ini, telah memberi kerjasama baik dan hadir ke pejabat suruhanjaya itu untuk membantu siasatan. Beliau berkata, SKMM bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan berhubung penyebaran berita palsu itu.