suria

Banjir: Lebuhraya Pantai Timur Laluan Karak-Temerloh Dibuka Semula

Tinjauan dari ruang udara Pahang menunjukkan Lebuhraya Pantai Timur yang dinaiki air akibat air sungai Pahang yang melimpah, 30 Disember lalu. -fotoBERNAMA
KUANTAN: Laluan Lebuhraya Pantai Timur dari Karak ke Temerloh telah dibuka semula kepada semua kenderaan selepas banjir surut.

Ketua Komunikasi Konsesi ANIH Bhd Fazlyaton Hussein dalam satu kenyataan berkata jalan tersebut dibuka semula pada pukul 8 pagi Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata laluan dari Plaza Tol Temerloh ke Chenor terus ditutup sehingga paras banjir di Km126 lebuhraya surut ke tahap yang selamat.

Fazylaton juga berkata diskaun 30 peratus untuk semua kelas kenderaan yang keluar di Plaza Tol Gambang masih diberikan sehingga Sabtu.

Artikel Berikut

Artikel Lain