Menceritakan kembali peristiwa banjir yang melanda kawasan pilihan rayanya, Bentong, beberapa tahun lalu, beliau berkata:
"Bangunan majlis keselamatan daerah telah ditenggelami air. Justeru usaha menyelamat peringkat daerah telah menjadi lumpuh. "
Bantuan ditangguhkan, manakala mangsa banjir terpaksa menunggu bantuan daripada pihak berkuasa negeri dan Persekutuan, kata Liow pada majlis makan malam di Bentong, Jumaat.
"Ini akan memudahkan usaha komuniti untuk membantu mereka yang terjejas untuk berpindah dan mencari tempat perlindungan, bukan hanya menunggu bantuan tiba," katanya.
Beliau berkata penduduk perlu dilatih supaya mereka dapat memahami prosedur operasi standard krisis setiap kali bencana alam berlaku.