suria

Najib, PM Thailand Bincang Hal Banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Thailand Jen Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada Jumaat untuk berbincang tentang perkara berkaitan banjir.

Melalui catatan dalam laman Facebooknya, Najib berkata beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi banjir.

Keadaan banjir di Malaysia kini secara umumnya bertambah baik, dengan jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada lebih kurang 61,000 orang tengah hari ini berbanding 200,000 ketika bencana itu memuncak baru-baru ini.


Thailand, Banjir

Artikel Lain