suria

AirAsia Sahkan Pesawat Surabaya-Bandung Alami Masalah Teknikal

PETALING JAYA: AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat QZ7633 dari Surabaya ke Bandung yang sepatutnya berlepas pada pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Sabtu terpaksa berpatah balik kerana mengalami masalah teknikal. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan teresbut berkata pesawat Airbus A320-200 (PKAZC) itu membawa seramai 161 penumpang mengalami masalah enjin (Auxilliary Power Unit) ketika berlepas. 

"Kapten terpaksa membawa pesawat berpatah balik untuk menjalani pemeriksaan lanjut atas faktor keselamatan," katanya. 

APU terletak di bahagian ekor pesawat merupakan enjin yang membekalkan tenaga elektrik dan sistem pneumatik apabila pesawat di bawah sebelum enjin utama dihidupkan. 

APU mempunyai sistem kawalan automatik dan ia akan dimatikan secara tiba-tiba sekiranya APU mengesan sebarang sistem yang gagal berfungsi seperti melebihi had kelajuan, masalah tekanan minyak rendah, masalah penapis minyak atau minyak terlalu panas bagi memastikan tahap keselamatan terjamin. 

Ketua Pegawai Operasi AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkaa: "Kapten telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan kembali ke pintu pelepasan bagi memastikan langkah keselamatan dipatuhi. 

"Siasatan terperinci turut dijalankan oleh pasukan kejuruteraan mengikut prosedur operasi standard. 

"Selepas pemeriksaan terperinci selesai, pesawat dibenarkan meneruskan perjalanan satu jam selepas itu. Disebalik liputan mengenai pesawat yang disensasikan itu, tiada isu keselamatan lain yang timbul dan pesawat selamat mendarat di Bandung," tambahnya. 

AirAsia Indonesia turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh penumpang. 


Artikel Lain