Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi berkata, pelantikan Ahmad Zaharin adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang kosong sejak dua bulan lepas.
Jawatan itu kosong berikutan tamat kontrak perkhidmatan Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan pada 1 November 2014.
Mohammed Kushrin berkata sementara itu Pegawai Daerah Hulu Langat Datuk Haris Kasim dilantik sebagai Pengarah Jais yang baharu, juga berkuatkuasa Jumaat lepas.
"Surat pelantikan kedua-dua mereka (Ahmad Zaharin dan Haris) telah diserahkan hari ini (Isnin) dalam satu majlis ringkas," katanya.