Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, polis menerima maklumat orang awam mengenai sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Beserah.
"Sebaik menerima maklumat, polis cuba menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan, namun kereta yang dinaiki empat suspek termasuk dua wanita itu telah memecut ke arah bandar Kuantan dari Jalan Beserah," katanya di sini Rabu.
Katanya, polis kemudian bertindak mengejar kereta berkenaan sebelum ia melanggar tiga kenderaan lain lalu terbabas di hadapan sebuah bank di Jalan Berserah.
Beliau berkata, dua suspek lelaki dan wanita bertindak melarikan diri namun lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai adik suspek lelaki yang ditahan itu, berjaya diberkas di kawasan Air Putih setelah dikejar tidak jauh dari tempat kemalanagan itu.
Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 18 tahun itu, polis menemui plastik lut sinar dipercayai syabu.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati kesemua suspek yang positif dadah turut mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pecah rumah dan dadah.
"Polis masih memburu seorang lagi suspek wanita yang berjaya melarikan diri," katanya.