Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.
"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.
Sulaiman berkata suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.
Katanya wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.
Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.