suria

Wanita Temui Kamera Pengintip Rakam Aksi Mereka Sedang Mandi

KUALA LUMPUR: Dua orang wanita terkejut apabila mendapati salah seorang daripada rakan kolej lelaki mereka yang dikenali selama enam tahun telah merakamkan aksi mereka sedang mandi secara tersembunyi. 

Insiden tersebut terbongkar selepas seorang daripada wanita tersebut menemui sebatang pen yang merupakan kamera pengintip diletakkan di bilik mandi rumah milik lelaki berkenaan di Sibu, Sarawak. 

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan dan Fong yang masing-masing berusia 24 tahun memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang bercuti di rumah lelaki berkenaan tahun lalu. 

Tan berkata dia menjumpai sebatang pen hitam yang diletakkan dalam bekas berus gigi di tepi tingkap pada 28 Disember lalu. 

"Saya sedang mandi, menggunakan air pancuran apabila tiba-tiba saya ternampak pen berkenaan. Saya fikir agak pelik mengapa pen tersebut berada dalam bilik mandi. 

"Apabila saya membuka pen berkenaan saya mendapati terdapat kad sim mikro di dalamnya!," katanya sambil menambah dia turut melihat terdapat lensa kecil dibahagian klip pen berkenaan.

Dia kemudiannya, memberitahu perkara tersebut kepada Fong, dan mereka turut menemui rakaman video aksi dia sedang mandi dalam kad memori kamera pengintip tersebut. 

Salah seorang daripada wanita itu kemudiannya bersemuka dengan suspek selepas suspek bertanya apa yang berlaku kepada pen miliknya. 

"Salah seorang daripada rakan saya, menumbuknya dan suspek hanya, memohon maaf atas apa yang berlaku. Kemudiannya kami menemui, peranti storan (storage device) dalam begnya. Dalam peranti tersebut terdapat lima rakaman video yang merakamkan aksi lima orang rakan mereka sedang mandi. 

"Video tersebut dirakamkan beberapa tahun lalu ketika kami tinggal di asrama," kata Fong di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini. 

Ketua jabatan berkenaan, Datuk Seri Michael Chong berkata beliau menerima tiga aduan yang sama melibatkan rakaman wanita sedang mandi dengan kamera pengintip yang diletakkan di bilik mandi. 

"Wanita perlu lebih berhati-hati dan melihat kepada benda-benda yang mencurigakan seperti penyangkut baju, pen dan key chain. Saya mencadangkan agar wanita membeli pengesan infra merah untuk mengesan kamera tersembunyi kerana ia hanya berharga sekitar RM60," kata Chong. 

Tan dan Fong sedang mengumpulkan maklumat dan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman selepas mereka membuat laporan polis dalam masa terdekat. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain