suria

Datuk Kasim Nyak Maon Meninggal Dunia

Lawatan bersejarah yang turut disertai Allahyarham Kassim ketika bertugas sebagai penterjemah pada 1974.

KUALA LUMPUR: Datuk Kasim Nyak Maon, penterjemah kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein ketika melakukan lawatan pertamanya ke China, meninggal dunia di sebuah hospital pakar swasta di Damansara awal Khamis.

Allahyarham Kasim, 82, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.45 pagi akibat komplikasi jantung setelah seminggu berada di hospital itu, kata besannya, Datuk Syed Moheed Syed Kamaruzaman, kepada Bernama.

Menurutnya, Allahyarham meninggalkan isteri Datin Che Sayang Baharom dan dua anak perempuan.

Jenazah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.

Artikel Lain