Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata pihaknya ketika itu mengadakan 'Op Paradise'.
"Anggota peronda PPM mendapati terdapat longgokan bungkusan plastik di celah-celah batu dan apabila diperiksa, bungkusan itu mengandungi pelbagai barang kosmetik serta ubat-ubatan," katanya.
Antara barangan tersebut ialah 19 kotak ubat sakit kepala dan 120 botol ubat penguat tenaga 'Super Top Extra Power'.
Mohamad berkata barangan itu dipercayai diseludup dari negara jiran.