suria

Sukarelawan Bomba Komuniti Akan Ditambah

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin (depan, dua, kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Tahunan 2015 JBPM Negeri Pahang di Dataran Mahkota Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini hari ini. Seramai 63 anggotanya dari seluruh Pahang dianugerahkan pingat kebesaran bomba manakala 12 anggota menerima kenaikan pelbagai pangkat. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kemaman mempunyai pasukan pengurusan operasi bencana yang terbaik ketika banjir besar melanda baru-baru ini semuanya dengan atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh sukarelawan tempatan dan kor komuniti Jabatan Bomba dan Penyelamat, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim. 

Beliau berkata jabatan berkenaan sedang merancang untuk meningkatkan jumlah kor komuniti bomba yang terdiri daripada orang awam, terutamanya mereka yang tinggal di kampung dan kawasan perumahan. 

"Kami sedang merancang untuk menambah jumlah ahli komuniti kor bomba dan akan menggunakan khidmat mereka untuk menyampaikan bantuan bencana. 

"Jabatan kami akan melatih sukarelawan ini dalam pengurusan bencana dan mencegah kebakaran," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tahunan jabatan berkenaan pada Khamis. 

Beliau menambah, peranan yang dimainkan oleh unit komuniti Jabatan Bomba dan Penyelamat ini sangat penting terutamanya pada peringkat awal bencana berlaku. 

"Dalam kes banjir yang berlaku baru-baru ini, unit komuniti berkenaan membantu dalam memindahkan mangsa banjir walaupun mereka kurang berpengalaman, dan proses berkenaan berjalanan lancar tanpa banyak masalah," katanya. 

"Kami telah menjalankan sesi percubaan terhadap unit ini di Kemaman, yang merupakan salah satu daerah yang terjejas teruk akibat banjir, nyata pasukan pengurusan bencana di daerah itu merupakan antara yang terbaik. 

"Kita akan menggunakan model pengurusan bencana di Kemaman sebagai contoh dan kita akan menggunapakai kaedah yang sama di tempat lain. Jika kita boleh membahagikan pasukan ini mengikut daerah, agar usaha ini nampak lebih tersusun," katanya. 

Wan Mohd menjelaskan bahawa, semasa di Kemaman, kebanyakan penduduk telah membuat persiapan awal dalam soal pengurusan banjir dan mereka telah dilatih oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk berhadapan dengan situasi banjir yang berlaku setiap tahun. 

"Ketika situasi kritikal, seperti bencana banjir agak sukar untuk kita bergantung kepada satu agensi sahaja. Sekurang-kurangnya dengan adanya program seperti ini, kawasan kurang kritikal dapat diuruskan oleh komuniti itu sendiri dan selepas itu pasukan sukarelawan boleh menguruskan dan membantu di pusat pemindahan.

Program sukarelawan ini dilancarkan secara berperingkat pada 2014 dan akan diperkemaskan pada tahun akan datang. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah mencadangkan seramai 500 anggota lagi ditambah daripada 14,000 anggota sedia ada bagi membantu ketika pengurusan bencana seperti kemarau dan banjir seperti yang dialami pada 2014. 



Artikel Sebelum

Artikel Lain