suria

Umno Kini Giat Daftar Mereka Yang Layak Mengundi

Mohd Shafie Apdal.
SHAH ALAM: Umno kini giat menjalankan proses mendaftar mereka yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Beliau berkata semua peringkat pimpinan perlu menggembleng tenaga menambah jumlah pengundi sedia ada bagi meningkatkan kekuatan parti itu.

"Kami sedang memperkasa parti dengan mendaftar anggota Umno sebagai pengundi mengikut peraturan sedia ada. Kami tak mahu (adanya tohmahan) pengundi hantu dan sebagainya nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen daftar pemilih dan keanggotaan Umno peringkat Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini, Sabtu.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Umno kini juga dalam proses 'memutihkan' sebanyak 200,000 anggota Umno yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Pemutihan itu adalah berikutan anggota Umno yang berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain, katanya.
Mohd Shafie Apdal, PRU

Artikel Sebelum

Artikel Lain