suria

Pelajar UTM Yang Hilang Ditemui Mati Lemas

JOHOR BAHARU: Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, yang hilang ketika mandi di pantai sebuah resort di Batu Layar, Kota Tinggi (Jumaat) ditemui mati lemas pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri MohdRizal Buang berkata mayat Abdul Rahman Al Najar, 28, penuntut ijazah kedoktoran yang berasal dari Palestin itu, ditemui pada 9.45 pagi.

"Gerakan mencari dan menyelamat Abdul Rahman yang dihentikan malam tadi disambung semula 7 pagi ini.

"Mayatnya ditemui terdampar di atas batu oleh Pasukan Penyelamat Di Air(PPDA) bomba pada jarak tiga kilometer dari lokasi kejadian," katanya.

Mohd Rizal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untukbedah siasat.

Dalam kejadian petang semalam, 20 individu lain turut mandi di pantai berkenaan, bagaimanapun, kesemua mereka selamat.

Keadaan laut juga bergelora berserta angin kencang, ketika kejadian berlaku dan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 petang semalam, katanya.

pelajar UTM lemas

Artikel Lain